Kelayakan Karate di Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Sebanyak 80 kuota disediakan telah disediakan. Setiap negara hanya boleh menghantar maksimum lapan atlet iaitu empat lelaki dan empat wanita dengan had satu acara seorang.

10 orang pesaing yang layak dalam setiap acara terdiri daripada;

  • seorang atlet dari negara tuan rumah, Jepun
  • empat atlet dari ranking Olimpik sehingga 5 April 2021
  • tiga atlet dari Perlawanan Kelayakan Karate Olimpik 2020
  • dua atlet wakil benua atau Jemputan Suruhanjaya Tiga Pihak

Oleh kerana ranking Persekutuan Karate Dunia adalah berdasarkan lima kelas berbanding tiga kelas yang dipertandingkan pada Olimpik Musim Panas 2020, maka sesetengah acara berdasarkan gabungan dua kelas WKF. Oleh itu, dua atlet terbaik dari setiap kelas WKF layak dalam kelas gabungan Olimpik. Bagi kelas WKF yang sepadan dengan kelas Olimpik, empat atlet yang terbaik layak dalam kelas itu.

Perlawanan kelayakan menampilkan kelas yang sama dengan kelas Olimpik. Hanya negara yang belum layak melalui kedudukan Olimpik dalam acara tertentu sahaja yang dibenarkan menghantar atlet dalam perlawanan kelayakan. Tiga atlet terbaik dalam setiap acara di perlawanan kelayakan layak ke Sukan Olimpik.

Sebanyak 12 tempat kuota diagihkan antara lapan acara, tersedia melalui wakil benua. Pemilihan adalah seperti berikut:

  • Oceania : dua kuota, satu per jantina
  • Afrika : dua kuota, satu per jantina
  • Amerika : dua kuota, satu per jantina
  • Asia : dua kuota, satu per jantina
  • Eropah : dua kuota, satu per jantina
  • Afrika : satu kuota, mana-mana jantina
  • Amerika : satu kuota, mana-mana jantina

Bagi setiap benua, semua pemenang pingat emas dalam perlawanan antara benua juga dipertimbangkan. Atlet yang berada di kedudukan yang tertinggi dalam kalangan kumpulan ini mendapat satu kuota kelayakan melainkan pesaing itu telah layak ataupun sebaliknya tidak boleh dipilih tanpa melanggar mana-mana batasan berikut; 10 atlet per acara, seorang atlet dari satu negara dalam satu acara dan dua atlet per negara dalam perwakilan benua (hanya Afrika dan Amerika). Jika pemenang pingat emas yang terbaik tidak boleh diberi kuota, maka pemenang pingat emas yang kedua terbaik akan mendapat kuota. Proses ini akan berjalan melalui semua pemenang pingat emas mengikut ranking, kemudian semua pemenang pingat perak mengikut ranking, dan semua pemenang pingat gangsa mengikut ranking sehingga kuota kelayakan benua telah dipenuhi. Jika tiada seorang pun pemenang pingat yang boleh diberi kuota, maka atlet yang terbaik dalam ranking dari benua itu akan layak tanpa mengira penamat di perlawanan benua.